Monday 15 November 2010

salam aidiladha kpd semua umat islam..

Aidiladha - Sejarah dua nabi


HARI ini, 10 Zulhijjah 1423 Hijrah bersamaan dengan 16 november 2010, umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Haji atau lebih di kenali sebagai Aidiladha.
Merenung kembali jejak-jejak sirah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s.
Catatan sirah kedua-dua nabi ini, menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat Islam ke arah rasa taqwa kepada Allah s.w.t. tanpa berbelah bagi.
Malah ia juga menjadi gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang nabi kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, Siti Hajar serta kasih antara ibu dan anaknya.
Terdapat tiga peristiwa penting yang boleh dikutip daripada catatan sirah ini.
Pertama, peristiwa Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t. agar Nabi Ibrahim meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus.
Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke lima, Mekah atau dahulunya di kenali sebagai Bakkah.
Peristiwa kedua merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai ganti kepada anaknya.
Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi arahan yang diberikan oleh Allah tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga:
Nabi Ismail a.s. berkata: ``Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)
Dan ketiga, pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua nabi Allah yang mulia ini.
``Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat.
``Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: ``Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan sujud...'' (Al-Baqarah:125)
Al-Quran memberikan gambaran yang jelas tentang keperibadian Nabi Ibrahim di dalam surah Al Nahl ayat 120-122 bermaksud: ``Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah, dan seorang yang selalu berpegang kepada kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya.
``Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan), (lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukkannya kepada jalan yang lurus dan kami berikan kepadanya kebaikan di dunia.
``Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh.'' (An-Nahl:120-122)
Baitullah yang juga dikenali sebagai Kaabah, merupakan arah kiblat bagi semua umat Islam bersembahyang untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Kaabah pada mulanya telah dibina oleh Nabi Adam, bapa kepada sekalian manusia. Apabila banjir besar melanda Mekah, Kaabah telah rosak.
Nabi Ibrahim membinanya semula di atas tapak yang sama. Baginda meminta Nabi Ismail mencari sebiji batu bagi menandakan penjuru bagi Kaabah.
Maka Jibril memberikan Nabi Ismail petunjuk untuk mencari sebiji batu yang diberi nama Hajarul Aswad.
Semasa batu itu diletakkan, mereka berdoa, ``Dan (ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): ``Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
``Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada-Mu dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami.
``Sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha penyayang.'' (Al-Baqarah:127-129)
Kaabah merupakan kiblat, yakni arah tuju Muslim ketika menunaikan kewajipan solat.
Meskipun Muslim mengarahkan dirinya kepada Kaabah ketika solat, Muslim tidak menyembahnya.
Hakikatnya, yang layak disembah hanyalah Allah s.w.t.
Firman Allah menjelaskan: ``Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menghadap ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidul Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.'' (Al Baqarah: 144).
Struktur berbentuk kubik ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Ia menjadi lambang perpaduan jutaan Muslim di seluruh dunia.
Misalnya dalam menunaikan ibadah solat, Muslim menghadapkan dirinya ke arah kiblat yang satu untuk menyembah Allah yang satu.
Perpaduan merupakan elemen penting di dalam Islam ke arah persaudaraan yang lebih bermakna.
Tambahan lagi sejarah membuktikan, peta pertama dilukis oleh seorang Muslim dengan meletakkan tanda arah selatan di atas dan utara di bawah.
Secara geografi, kedudukan Kaabah itu sendiri terletak di tengah-tengah kedudukan dunia.
Meskipun Barat menukarkan tanda arah utara di atas dan selatan di bawah, Kaabah masih kekal kedudukannya di tengah-tengah peta dunia.
Tawaf yang dilakukan oleh jemaah haji di Masjidul Haram sekeliling Kaabah, secara simboliknya menggambarkan kepercayaan pada Tuhan yang satu sebagaimana setiap pusingan menghasilkan satu bulatan.
``Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
``Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.'' (Al Hajj 27-28).
Mengatakan Kaabah sebagai simbol berhala adalah tidak dapat diterima akal sama sekali.
Bukti sejarah dapat di jadikan sandaran dalam menyokong dakwaan menafikan pembohongan ini.
Ketika zaman baginda s.a.w., azan turut dilaungkan dengan berdiri di atas Kaabah setiap kali waktu solat.
Gambaran grafiknya boleh dilihat dengan menonton kisah Al-Risalah (The Message), lakonan Anthony Quinn.
Watak Bilal bin Rabah dilakonkan dengan memanjat Kaabah itu sendiri dan melaungkan azan ketika pembukaan Mekah selepas 13 tahun berkembangnya Islam di Madinah.
Seseorang perlu bertanya pada diri, jika benar Kaabah disamakan dengan sebuah berhala, apakah penganutnya akan memijak berhala itu untuk menyembahnya?

Saturday 13 November 2010

jom klaka sarawak

kongsi-kongsi ilmu dengan korang mengenai bahasa sarawak mudah. Apa yang terlintas di fikiran itu lah yang aku taip.. so... enjoy arrr...


  1. Awak pergi mana?= Kitak gi sine?
  2. Awak buat apa? = Kitak apa polah?
  3. Awak dah makan? = Kitak dah makan?
  4. Awak buat apa sekarang? = Apa polah kitak kinek tok?
  5. Awak apa khabar? = Kitak apa khabar tek?
  6. Boleh bantu saya tak? = Boleh nolong kamek sik?
  7. Semangat awak tinggi betol = Tinggi nar semengat kitak juak?
  8. Apa maksud makan hati? = Apa reti makan hati?
  9. Bila awak nak kawin? = Bila kitak nak nikah gik?
  10. Ye la tu = Aok ajak la
  11. Awak nampak cantik hari ni = Kacak na kitak aritok
  12. Sombongnya awak = Lawa kitak owh..
  13. Awak dah mandi ke belum? = Kitak dah mandik lom?
  14. Lepas ini pergi mana pulak? = Lepas tok pegi sine?
  15. Panas betul hari ni kan? = Panas na aritok owh?
  16. Gatalnya budak tu.. = Kenja nar nemiak ya eh?
  17. Pandainya awak = terer na kitak?
  18. Kesian = owhh tedah
  19. Dia pula yang terpilih = Nya indah dipilih?
  20. Awak nampak biru la hari ni = Kitak nampak biru la haritok
  21. Apa cerita dekat sana = Apa cerita kat sinun.
  22. Orang sini sihat je = Orang sitok sihat jak.
  23. Saya mengantuk lah = Kamek ngantok eh
  24. Macam mana nak jumpa awak = Camne nak jumpa kitak
  25. Bawa perlahan-lahan kenderaan tu ye = embak slow-slow kereta ya
  26. Pening betol kepala saya = Pening na palak tok eh
  27. Hari macam nak hujan je = Hari macam nak hujan jak
  28. Awak lepak kat mana malam tadi? = Kitak relex sine malam tadik?
  29. Macamana awak boleh kurus macam tu? = Camne kitak boleh kurus kedak ya?
  30. Awak semua cakap tentang apa? = Kitak orang beloya pasal apa?
  31. ♪♫Cubit-cubitan♫ senggol-senggolan♪ = ♪kubit-kubitan♫ senggol-senggolan♪♫
  32. Ketawa terbahak-bahak = tetak perey
  33. Jahat = Gaok
  34. Bosan nya saya = Angol na kamek
  35. Menyampah aku tengok budak tu = ingga ku nangga nembiak ya
  36. Cawan awak cantik la = Cangkir kitak kacak lah
  37. Mana beli almari tu? = Sine meli kabat ya?
  38. Buruk betul perangai dia = jaik na perangenya eh.
  39. tengok tu = Diat ya
  40. Awak ada lihat tak surat khabar hari ni? = Kitak ada nangga sik surat kabar aritok
  41. Awek tu cantik sangat la = Pempuan ya kacak gilak aie.
  42. Awak tahu tak? = Kitak tauk sik?
  43. Dia juga ke yang ikut kita ni? = Nya juak ka ikut kita tok?
  44. Siti situ sana sini = Siti sinun sia sitok
  45. Dia tak pernah berubah lah = Seranto-ranto nya camya
  46. Awak percaya saya tak? = Kitak cayak kamek sik?
  47. Bila sampai? = Bila sampey?
  48. Tak pernah ku tengok budak ni = Sik kalak aku nangga nembiak ya
  49. mengutip sampah = mutit sampah
  50. Dia memang patut di marah = Nya memang patut di anok.
  51. Jangan nakal-nakal tau = Jangan berolah tauk
  52. saya tak pandai la = endak ku pande eh
  53. Terhempas = terempas
  54. bagitau dia = padah nya
  55. Minyak regular = Minyak benjen
  56. Marah = manas/meradang
tempat2 menarik d sarawak

Friday 12 November 2010

Kamus Asas Bahasa Melayu Sarawak

Bahasa Melayu SarawakBahasa Malaysia
KamekSaya
KitakEngkau
NyaDia
SikTidak / Tak
Sik AdaTiada
SikbohJangan
KenakKenapa
SitokSini
SinunSana
SiaDisana
SineDimana
NeMana
MadahCakap / Beritahu
KelakarBercakap / Bersembang
SidaknyaDia orang
SidakOrang
EmpunPunya
KinektokSekarang
DudiKemudian
GagoSibuk
YaItu
Ari MarekKelmarin
Ari YaHari Itu
BulakBohong
TukukKetuk
PaluPukul
TikamBaling / Lontar
CongekManja
GelikRisau
SigekSatu
Duak igekDua
Tiga igek dan seterusnyaTiga dan seterusnya
BiakBudak
Miak kecikBudak Kecil
DebahDibawah
NyamanSedap
MotorKereta
PaloiBodoh
Kedak yaMacam itu
GiaMacam itu
Cam yaMacam itu
KembangBengkak
LawaSombong
KacakCantik
GilakSangat
CeridakTak Terurus
NgamborBersepah
EntingalDegil`
PlenteMain-main
NekikNaik / Panjat
GerukTengkuk
SometMisai
JerayaJalanraya
SingkolRasa Pelik
PasarPekan
NeraisTeriak / Jerit
NyerinBunyi kuat
LamakLama
TunggahPanggil
TemuJumpa
PusakKucing
AsukAnjing
ManokAyam
GadongHijau
LejukJemu
BaitBaik
BelonKapalterbang
GerekTeman Lelaki / Wanita
Bergerekbercinta
CanTeman Istimewa
LanJom

mari kenal sarawak..

salam to all yg sudi mengunjungi blog tok..lamak dah nak molah blog tp x jadi2.. akhir nya dah time boring baruk nak molah benda tok.. blog tok esp utk blaja bhsa swk kpd yg berminat utk mengenali bhsa swk yg unik..dan juga bgi yg ingin mengenali swk dgn lebih dekat.