Friday 9 March 2012

Turkey trip

Assalamualaikum wbt..

Jum bersama saya jelajah kembara Sultan Muhammad El Fateh (TURKEY) cuti semester ini., jgn lepaskan peluang anda.. Pilihan ditangan anda....

Tuesday 19 April 2011

REHLAH UMRAH SAMBIL BERIBADAH DI TANAH SUCI

Salam dan salam sejahtera semua....
kawan2 di jordan sesiapa yg berminat untuk mengerjakan umrah cuti fasal Thani jom tgok iklan istimewa ini:
Pakej yg di tawarkan sgt istimewa. Hanya JD130 =RM 500 untuk pakej perjalanan pergi balik dgn bas pelancong berhawa dingin.Makanan tengahhari disediakan sepanjang perjalanan ke madinah dan byk lagi.. jom tgok iklan..

Pakej lain yg di sediakan:
1.AIR ZAMZAM FREE 20 LITRE SEORANG
2.CUKAI KELUAR JORDAN
3.2 KALI MAKAN SEMASA DALAM PERJALANAN PERGI DAN BALIK

Dokumen2 yg perlu di sediakan:
1.PASPORT ASLI
2.IQOMAH ASLI
3.SYAHADAH TAT'IM UMRAH (boleh di dapatkan di markaz sihhi)
4.SURAT MAHRAM BG WANITA YG BERSUAMI @ PERGI BERSAMA MAHRAMNYA.
5.GAMBAR BERUKURAN PASPORT 3 KEPING (Latar belakang putih)

Tempat Ziarah di Mekah dan Madinah:
1.BUKIT UHUD 
2.MASJID QUBA'
3.KILANG AL QURAN
4.MASJID QIBLATAIN
5.MASJID SABA'AH
6.LADANG KURMA
7.GUA HIRA'
8.TEMPAT2 MANASIK HAJI (Jabbal Rahmah, Arafah, Mina)
9. JEDDAH

TARIKH AKHIR HANTAR DOKUMEN

7 MEI 2011

TARIKH DI JANGKA PERGI 

1 JUN-11 JUN 2011


ELBOUNTALI TRAVEL AND TOURS BERPENGALAMAN MENGURUSKAN HAJI DAN UMRAH:

UMRAH 2010
UMRAH RAMADHAN 2010
HAJI 1431 2010

SEGALA PERTANYAAAN BOLEH DI RUJUK KPD:

MAFRAK:
HASIBULLAH ROSLAN (0777283243)
FAKHRULNIZAM MILATUSAMSI (0776670543)

MUTAH
AHMAD TIRMIZI BIN KRAM (0779275683)

Saturday 5 March 2011

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki


Bismillah... 

Jom tgok ape warna kegemaran anda semuakaum lelaki:

Putih 
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.


Merah 

Melambangkan tenaga fizikal..Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan. 


Jingga 
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.


Oren 
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.


Kuning 
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.


Hijau 
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.


Ungu 
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .


Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.


Coklat 
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .

 
Baca boleh tapi jgn percaya sangat hehe..
sekian Assalamualaikum wbt.. 

Tahukah anda...

Bismillah..


Tahukah anda semua..


Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara.




Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci. 

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.

Boleh cuba yer tp jgn percaya k.. 



Sekian dari MG...Assalamualaikum wbt..zasss

Sunday 27 February 2011

kisah di sebalik bantal anda..

bismillah.. 
hari ni aku nk citer pasal bantal pulak.. jom tgok...ape ciri2 korang ngn bantal..




1) Memeluk Bantal Cool
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal Twisted Evil
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal Razz
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Shocked
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal Rolling Eyes
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal Laughing
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu



p/s jgn percaya sgt ape yg korang bace nih.. hahaha...


Assalamualaikum semua...zasss...~~

Wednesday 23 February 2011

suka duka kehidupan


bismillah..


Hari ni aku nak kongsi ape yg aku tgh pikir dlm pale hotak aku nih.. hahha
perangai kebiasaan org dah kawen mcam2 jer..ini yg aku imagine je la tapi xsemua kot macam ape yg aku cakap kat bawah ni nnti:


Sebelum tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuahx3..
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau lah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!


Pakai Toilet:


6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana!!!


Balas SMS: 


6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..


Dating process:


6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: yelahx3!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Balik kerja:


6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):


6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..


Telefon:


6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:


6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:


6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!


Baju baru:


6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancang Holiday:


6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


Tgok TV:


6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE TAK..

hahha....jangan buat macam yg sy sebut d atas ni eii sumer.. 

adegan2 d atas adalah rekaan semata..




moral of the story
1.sayangi la isteri anda sampai bila2
2.bagi yg bakal kawen tu bersedialah untuk menghadapi alam rumahtangga
3.tolong menolong la dalam hubungan suami isteri (aku lom kawen cmne leh ckp cmni.. haha)
4.sentiasa jaga hak masing2 dlm hubungan
5.menjaga perasaan psgn anda..
6. post ini sedap d baca sambil mengorek sisa2 makanan kat celah2 gigi anda..hahahha.


Sekian dari MG....Assalamualaikum wbt....zassss... mau makan telur rebus separuh masak...dan d masak atas sobah aku yg serbaguna nih.. haha..bye..
Laughing Laughing Laughing 

Tuesday 22 February 2011

Kisah lelaki merokok...

ini bukan contoh lelaki yg buaya darat k.. hehhe
pesanan untuk lelaki merokok..
bismillah...

ermm...lelaki merokok.?? susah nk tinggalkan habbit tu mmg susah bagi perokok tegar..(aku bukan perokok tegar k.. hehe)
tapi ada yg dapat berhenti kalau semangat untuk berhenti merokok kuat..haaa..yang ini betol..

tapi aku hairan la kenape kbykan perempuan x suka pd lelaki yg merokok....terok sgt ker lelaki yg merokok??
dan biase nya pompuan mesti nk cari lelaki yg x hisap okok. (xsemua la ade sebilangan kecil jer kot)


tersebutla kisah sepasang kekasih,,,,

si pompuan nih mmg x suka ngn lelaki yg merokok,
tetapi boyfren dia minta kt awek dia tu bg la peluang dia try nk behenti merokok..
lelaki itu bukan nya mintak benda berat pun just bg dia peluang je.
tetapi tanpa pikir panjang si awek pun berkata ngn boyfren dia "SAMPAI SINI SAJE HUBUNGAN SY NGN AWAK" huhuh sedih2 gile2 la boyfren dia...kecewa sgt laki tu ngn sikap awek dia sampai snggup putuskan hubungan..

tetapi walaupun sedih yg teramat sgt lelaki itu masih bersemangat jugak untuk berhenti merokok untuk tunjukkan pada awek dia yg dia snggup wat ape saje utk buktikan cinta nya pada awek dia..

pompuan tu pulak setelah meninggalkan boyfren dia berikhtiar untuk carik pengganti sepeti apa yg dia mahu iaitu nak carik lelaki yg x merokok.. setelah lama mencari akhirnya si gadis bertemu la dgn lelaki yg d impikan..

her new boyfren ni mmg x merokok..jambu sikitla ade iras2 Brad  Pit (ade membe perasan macam dia nih)..hahaha..
si pompuan ni hidup bhagia la dgn si lelaki yg hanya x merokok itu tanpa mengkaji perangai dan tingkah laku si lelaki itu..

setelah hampir setahun bercouple ..pd suatu hari boyfren dia ajak clash dgn alasan si awek ni tadi x cukup bagus bagi dia...hahhaaha..
rupa rupanya lelaki x merokok itu yang sgt2 di dambakan oleh si perempuan itu tadi ialah BUAYA DARAT..mmg betol2 rase hensem la mamat nih..cess...hampeh...rase best..poyo..(hahaha)

si perempuan tu ape lagi frust gila babi la. menongeng wooo...hampir hampir nk bunuh diri pulak tu..dasyat..
tapi si pompuan ni masih lagi d sayangi oleh Allah..alhamdulillah dia x jadik bunuh diri nk gantung diri dalam bilik..(p/s jgn cube2 nak bunuh diri bile frust) hehehe..

dan si perempuan ni tadi menyesal dgn sikap dirinya yg x berfikir panjang membuat pilihan dalam mencari psgn hidup dan juga x kaji latar belakang lelaki itu...(baru nk nyesal) ambik kau.. :D

dalam keadaan yg sedih2 itu si pompuan ni tadi teringat ngn kekasih lame dia (ex bf) iaitu lelaki yg merokok yg dia putuskan pada awal cite ni tadi...

tanpa membuang masa awek tu pun cuba menghubungi ex-boyfren dia tu..tut...tut..tutut...bunyi dia call ex bf dia....tetapi lelaki tu tgh sibuk sangat2 tu x leh nk angkat tpn dia (jeng2 mesti ade sesuatu nih)..dan aku pulak menaip sambil nyanyi lagu trouble is a friend...lalalalalalla...(ni xmasok lam cite ni k):D

di sebabkan si lelaki itu x angkat talipon, si awek ni tadi ambik keputusan g umah ex boyfren dia tu..dia terus memecut keretanya dengan speed supercharger twin turbo jenama N.O.S ..pehhh laju tu beb.. haha....
sampai jer kat umah lelaki tu alangkah terkejutnya si awek ni tadi rumah lelaki tu sibuk dgn majlis perkahwinan. :(.

si pompuan pun terus carik lelaki tu kt dalam umah...rupa rupanya hari itu ialah hari pernikahan lelaki itu dgn pilihan hati nya...sekali lagi pompuan kecewa..

akhirnya dia berjumpa gak ngn ex bf dia tu terus meminta maaf atas apa yg dia lakukan ke atas ex dia tu...
lalu si lelaki tu berkata "awak sebenar nya saya dh lame maafkan awak dan saye pon masih syg awak dan saye dah pun BERHENTI MEROKOK sperti apa yang awak nakkan...

lalu jawab perempuan itu "tapi kenapa awak kawen ngn org lain walaupun awak kata masih syg kt sy???"

lalu lelaki itu pun jawab:
""awak saye mengaku saya mmg sayang awak sgt2 dan sy pon berhenti merokok sbb nk buktikan cinta sy pada awak, dan jugak awakla satu2 nya org yg plg saya cintai dulu...tapi di saat2 kesedihan saya dimanakah awak menghilang? dan juga saya dapat tau awak ada kekasih lain... pada saat itu isteri saya ni la yg berada di sisi saya memberi semangat kpda saya untuk meneruskan hidup walaupun dalam keadaan kecewa.. dia jugala yang mengajak saya kembali ke jalan yg d redhai Allah, dan juga menjadi penghibur ketika susah senang walaupun dia sibuk dgn bisnes nya...dan dia jugala yg terus memberi dorongan supaya terus berhenti merokok...dan saye mengaku sy mencintainya lebih dari dari sy cintakan awak dulu..kerana keikhlasannya membantu sy dalam pelbagai masalah..sy sgt2 bersyukur dapat pengganti awak yg lebih bgus daripada awak.. sorry...biarla kita hanya bekawan sampai bila2 semoga awak akan dpat lelaki yg sesuai untuk awak..""

haaaaa... begitula kisah nya kawan2...leh jadik penulis novel aku nih...hehhe perut tgh kenyang lagi makan ngn bob ngn zam tdi tu byk idea nih..

ape2 pun mari kita tgok moral dari cite d atas:
1. jangan la anggap semua lelaki merokok ni sume x baik
2.jangan pandang sesuatu dari segi luaran sahaja dalaman nya tidak.
3janganla membuat keputusan terburu2 dan mengikut perasaan semata2
4.jangan lupa SAYANG lebih ngn awek@pakwe kamu yer. lagi2 klo dh kawen sayangila suami/isteri anda sebanyak2 nya..
5.terimalah pasangan kita seadanya kelemahan dan keistimewaan nya..
6.bimbing la pasangan anda ke arah kebaikan..
7.bgi kawan2 yg merokok tu sile berusaha utk berhenti k termasuk aku la.. hehe
8.cite ini sedap d bace sambil mengorek telinga pakai cotton buds sampai ke gegendang telinga anda..hahahahha..

sekian dari MG.. terima kasih krn sudi bace k.. Assalamulaikum wbt..