Saturday 5 March 2011

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki


Bismillah... 

Jom tgok ape warna kegemaran anda semuakaum lelaki:

Putih 
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.


Merah 

Melambangkan tenaga fizikal..Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan. 


Jingga 
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.


Oren 
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.


Kuning 
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.


Hijau 
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.


Ungu 
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .


Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.


Coklat 
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .

 
Baca boleh tapi jgn percaya sangat hehe..
sekian Assalamualaikum wbt.. 

Tahukah anda...

Bismillah..


Tahukah anda semua..


Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara.




Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci. 

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.

Boleh cuba yer tp jgn percaya k.. 



Sekian dari MG...Assalamualaikum wbt..zasss